Terima
kasih kerana mengunjungi halaman web ini.
Permohonan untuk aplikasi online ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :
• Kumpulan Pengurusan & Profesional (Akademik)
• Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik)
• Kumpulan Sokongan
Syarat Permohonan:
1. TARAF JAWATAN
Semua jawatan akan dilantik secara TETAP. Walau bagaimanapun, UMT
berhak melantik mana-mana jawatan secara Kontrak/Sementara/Sambilan.
2. UMUR
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan. Pegawai
yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh
lantikan.
Panduan Permohonan:
1. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem
ini.
2. Pemohon perlu mendaftar sebelum mengisi maklumat yang
diperlukan dalam sistem ini
3. Pemohon yang pernah membuat permohonan melalui iklan-iklan
yang lalu dinasihatkan untuk mengemukakan semula permohonan jika masih berminat
dan layak.
4. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan
dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa
enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap
tidak berjaya.
5. Untuk jawatan bukan akademik,
calon-calon tidak perlu mengemukakan sebarang salinan dokumen kepada kami
selepas mengisi secara ONLINE. Pihak kami akan menghubungi calon-calon yang
disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja untuk tindakan selanjutnya.
6. Untuk jawatan akademik, selepas mengisi
secara online, calon perlu mengemukakan dua (2) Laporan Pengadil
bagi setiap permohonan dan ia perlu dihantar bersama-sama dengan
cetakan maklumat secara online dan salinan dokumen-dokumen berikut yang
telah disahkan benar :-.
(a) Kad Pengenalan/Pasport;
(b) Sijil-sijil Akademik (SPM/Sarjana Muda/Sarjana/PhD) termasuk transkrip
penuh peperiksaan;
(c) Surat pengiktirafan JPA (sekiranya memiliki ijazah dari luar negara
atau institusi pengajian swasta)
(d) Sijil-sijil Ko-Kurikulum;
(e) Salinan Rekod Perkhidmatan yang terkini (Penjawat Awam);
(f) Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini (Penjawat Awam);
(g) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada Majikan (Swasta);
(h) Salinan slip gaji terakhir;
(i) Biodata lengkap (CV) yang mengandungi senarai aktiviti pengajaran, penyelidikan,
contoh-contoh penerbitan dan perundingan.
7. Sila nyatakan jawatan yang dimohon dan fakulti dipenjuru
kiri muka hadapan sampul surat dan kemukakan semua dokumen tersebut (untuk
jawatan akademik sahaja) kepada alamat Pejabat Pendaftar UMT seperti alamat
tertera di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan:
Tarikh tutup permohonan untuk jawatan-jawatan bukan akademik ialah pada
08 Mei 2013 (Rabu).
Untuk jawatan akademik pula, ia dibuka sepanjang tahun.
Selamat memohon!
Alamat
Pejabat Pendaftar, UMT:
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
ARAS 1, BANGUNAN CANSELERI DAN PENTADBIRAN
21030 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
(u.p. SEKSYEN PERJAWATAN)
Sila hubungi Seksyen Perjawatan di alamat e-mel perjawatan@umt.edu.my untuk keterangan lanjut.