| 1. Taraf Jawatan
Semua jawatan akan dilantik secara TETAP. Walau bagaimanapun, UMT
berhak melantik mana-mana jawatan secara Kontrak/Sementara/ Sambilan.
2. Umur
Pemohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
lantikan. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang
daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.
3. Cara Memohon
i) Pemohon yang pernah membuat permohonan melalui iklan-iklan yang
lalu dinasihatkan untuk mengemukakan semula permohonan jika masih
berminat dan layak.
ii) Borang permohonan boleh didapati dan dimuat turun
daripada senarai di atas, sila klik pada jawatan yang ingin dipohon.
iii) Semasa menghadiri temu duga terbuka, pemohon
perlu mengemukakan borang permohonan dengan melampirkan salinan
dokumen-dokumen yang telah disahkan benar, seperti berikut:-
(a) Kad Pengenalan/Pasport;
(b) Sijil-sijil Akademik (UPSR/PMR/SPM/STPM/Sijil/Diploma/Sarjana
Muda/Sarjana/Ph.D) termasuk transkrip penuh peperiksaan;
(c) Surat pengiktirafan JPA (sekiranya memiliki ijazah dari luar
negara atau institusi pengajian swasta);
(d) Sijil-sijil Ko-Kurikulum;
(e) Salinan Rekod Perkhidmatan yang telah dikemaskini (Penjawat
Awam);
(f) Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini (Penjawat
Awam);
(g) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada Majikan (Swasta);
(h) Salinan slip gaji terakhir; dan
(i) Biodata lengkap (CV).
iv) Hanya pemohon yang di senarai pendek sahaja akan
dipanggil menghadiri temu duga akhir. Pemohon yang tidak menerima
apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh temu duga
terbuka adalah dianggap tidak berjaya.
v) Sila hubungi kami menerusi email perjawatan@umt.edu.my
atau talian 09-668 4470/4183/4554/5151 untuk sebarang pertanyaan.
vi) Pihak kami berhak untuk menolak sebarang permohonan yang tidak
lengkap tanpa perlu memberikan makluman kepada pemohon.
vii) UMT tidak akan menanggung sebarang tuntutan
perjalanan pemohon untuk menghadiri sesi temu duga terbuka ini.
|